TEMPAT KELIMA
Daripada: izdan_nur@yahoo.com.my
Brothers
Doa Perpisahan
Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah yang sejati
Bersyukurlah Kehadrat Ilahi dia atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua
Kau ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambamu
Mencari hidayah daripadamu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkanlah hati hamba mu
Di atas perpisahan ini
"Teman betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini,
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama.Semoga
Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan perjuangan"
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambamu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku dalam doamu
Semoga Tuhan memberkatimu
Doa Perpisahan
Pertemuan kita di suatu hari
Menitiskan ukhwah yang sejati
Bersyukurlah Kehadrat Ilahi dia atas jalinan yang suci
Namun kini perpisahan yang terjadi
Dugaan yang menimpa diri
Bersabarlah di atas suratan
Ku tetap pergi jua
Kau ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambamu
Mencari hidayah daripadamu
Dalam mendidikkan kesabaranku
Ya Allah tabahkanlah hati hamba mu
Di atas perpisahan ini
"Teman betapa pilunya hati menghadapi perpisahan ini,
Pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama.Semoga
Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Teruskan perjuangan"
Kan ku utuskan salam ingatanku
Dalam doa kudusku sepanjang waktu
Ya Allah bantulah hambamu
Senyuman yang tersirat di bibirmu
Menjadi ingatan setiap waktu
Tanda kemesraan bersimpul padu
Kenangku dalam doamu
Semoga Tuhan memberkatimu
Kisah Di Sebalik Lagu
Lirik lagu yang memberikan 1001 kenangan kepada saya dan takkan saya lupakan hingga hujung akhir hayat saya ialah lirik lagu doa perpisahan nyanyian Brother. Apabila lagu ini kedengaran di telinga saya air mata jernih akan mengalir deras di pipi saya. Segalan kenangan akan berputar ligat di fikiran saya kerana SMK Tun Perak, Muar sebelum saya menjejak kaki ke SMKA Maahad Muar. Lirik lagu ini membawa 1001 kenangan kepada saya kerana lagu ini telah dinyanyikan khas buat saya pada hari terakhir saya bersekolah. Semua kawan2 saya sedih dan menyanyikan lagu itu untuk saya jadikan kenangan. Malam itu saya rasa sungguh sedih kerana sudah 3 bulan saya cipta kenangan pahit manis bersama rakan2 saya sebelum saya dapat tawaran ke Mahad Muar saya selalu berdoa supaya saya takkan dapat tawaran lain tapi doa ibu lebih makbul iaitu ingin saya belajar di Maahad.Dengan hati yang tidak ikhlas saya terpaksa terima juga. Saya minta pada ibu saya agar saya berada di Tun Perak selama seminggu lagi tapi ibu saya tidak bagi. Hari ini dapat surat esok ibu saya suruh daftar.Sedih dan terkilan semua ada. Pindah secara mengejut. Tarikh 1 Mac merupakan tarikh yang paling saya benci buat selama-lamanya kerana tarikh itu telah memisahkan saya dan kawan-kawan saya yang paling saya sayang. Kini saya telah belajar 5 tahun di Maahad tapi hati saya tetap di Tun Perak. Saya cuba untuk memaksa hati untuk menerima Maahad tapi tidak boleh.Tapi saya tetap terima dengan redha kerana setiap dugaan akan mematangkan kita. Akhir bicara harapan saya sebelum saya mengambil peperiksaan trial Spm saya dapat berjumpa semua kawan2 saya yang telah terpisah sejak 5 tahun lepas dan dapat menyanyikan lagu doa perpisahan.Amin Ya Rabbal Alamin.
Admin: Amin...kami juga mendoakan izdan memperolehi keputusan yang cemerlang dan dapat berjumpa semula dengan kawan2 yer. Jangan putus asa dan tabahkan hati kerana setiap yang terjadi di dalam hidup kita adalah azimat untuk kita berjaya ok???See you at universiti ok??
Admin: Amin...kami juga mendoakan izdan memperolehi keputusan yang cemerlang dan dapat berjumpa semula dengan kawan2 yer. Jangan putus asa dan tabahkan hati kerana setiap yang terjadi di dalam hidup kita adalah azimat untuk kita berjaya ok???See you at universiti ok??
Comments