TEMPAT KEEMPAT

Daripada: www.mentari-malam.blogspot.com


Shades
Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal


Ku Mencari,Ku Mencari
Apakah salahku
Kau buat ku termenung seorangan
Dalam diri sangsi Akhirnya begini
Perpisahan tak ku duga

Ku mengerti Ku fahami
Keputusan diri
Biar saja aku begini
Permintaa terakhirku Jangan kau lafazkan
Simpan saja kata-kata

Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan kau ucap selamat tinggal
Jangan diucap selamat tinggal
Kepadaku...

Walaupun seketika..walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata..Ke akhir hayat yang ada
Walaupun seketika...walaupun sekelip mata
Simpan saja kata-kata..Ke akhir hayat yang ada


Kisah Di Sebalik Lagu

Kisah ini bermula lebih kurang dua tahun lepas. Saat pertama kali aku mengenal cinta. Cinta antara Adam dan Hawa. Aku menyanyanginya sepenuh hati. Tanpa ragu,tanpa sangsi. Hari-hari yang dilalui penuh tawa riang. Disaat cinta kami ingin mencapai usia setahun,dugaan datang. Dia berubah sedikit demi sedikit. Tanpa pengetahuan dia,ketika itu aku sedang jatuh sakit. Sakit yang meminta aku kecekalan. Saat itu aku sangat memerlukan pertolongan dia. Di saat aku terlihat perpisahan pada hubungan kami, aku minta dia angkat call aku yang dah lama dia tak hiraukan. Aku nyanyi lagu ini sepenuh hati dengan linangan air mata tapi tak terkesan sedikit pun pada dia. Kalau saat bercinta aku nyanyi lagu ni,pasti dia terusik.Aku dapat tahu si dia sudah jatuh hati pada insan lain.Aku minta pada dia jangan pernah ungkap kata pisah dan hingga saat ini aku tak dapat jawapan sebab perpisahan kami. Setiap kali tarikh mulanya goyah hubungan kami (24/2) aku akan dengar lagu ni dengan penuh esak tangis tapi aku pujuk diri aku dengan ayat2 surah An-nur. Lirik lagu ni sangat mendalam. Menyentuh jiwa kecil aku. Seolah-oleh menuntut aku terus mencintai dia hingga ke akhir hayatku. Hingga kini aku tutup hatiku dari kaum Adam. Saat ada Adam yang ingin menyentuh hatiku, terdengar lagu ni aku jadi takut. Tapi aku sentiasa berdoa suatu hari nanti akan ada Adam yang mempu yakinkan aku ada bahagia selepas derita.

Admin: Tuhan jadikan manusia itu berpasangan. Insyallah akan ada Adam yang datang dan membawa kebahagiaan kepada anda. Siapa-siapa nak jadi Adam mentari-malam ni leh la lawat blog dia ok?? Klik sini

Comments

Popular posts from this blog

Goodbye by Kristina Debarge

Lovegame by Lady Gaga

Jemputan Untuk Menyertai Forumcyber.com